Welcome to minimemojejari

Peace and smile

Tuesday, 27 January 2015

"TEMPUH"

"TEMPUH"


Terbit suria pagi.
Waktu itu selak kunci jendela kamar dibuka.
Dikuak seluas semesta.
Titis embun masih terlihat pada pandangan kasarnya.
Menghirup sedalam udara khazanah semesta.
Melepaskan segala duka semalam.Walau tidak pasti lagi adakah hanya mimpi ngeri yang sementara.Atau realiti yang kita harus tempuh onak duri bersama.Arus masa terlalu pantas tak menoleh ditakuk mana kita berada.




ShaZamry

''KITA''

"KITA"


Kita.
Jatuh bangkit diharung bersama.
Tak pernah menghela nafas kecewa.
Sentiasa ada berpegang janji setia.
Hingga kita titip doa untuk dimakmul yang Esa.
Moga ada hari untuk kita.
Esok lusa dan selama.
Sampai syurga-akhirnya.


ShaZamry

Friday, 31 October 2014

KOLEKSI PUISI "BUMI PALESTIN"

TAJUK : BUMI PALESTIN

Palestin,
tanah berdebu di asia tengah,
kau dihimpit keganasan zionis!
si perampas durjana..
usah kau menangis kerana esak tangismu tidak didengar manusia!!
biar hancur lumat bumi anbia..
menjadi debu berterbangan..
meski bumi al aqsa merah menyala dijilat neraka!!!
biarpun hujan peluru tidak pernah berhenti...
namun semangatmu lebih kental dari israel..
genggaman tanganmu  lebih  kuat dari zionis...!!

Palestin..pilunya hati kami melihat
anak kecil yang tidak berdosa...
dibunuh kejam..!!
menggigil tangan anak kecil itu!
menahan kesakitan...
berjurai air mata si ibu meratapi kematian anak tercinta...
langit yang mendung,
seakan bersedih dengan keganasan!!
Ya Allah!!!!
kau lindungilah mereka yang tidak berdosa...
kau peliharalah anak-anak kecil yang belum mengenal erti kehidupan...

Palestin..
menitis air mata kami,
melihatkan rakyatmu bermandikan darah...
mengalir air mata kami...
melihat ketabahan pejuang islamiah,
walau ajal seakan tiba...

Palestin...
kami sentiasa bersamamu menadah tangan..
berdoa kepada yang maha kuasa...
lindungilah setiap inci dunia suburmu...
angkasa, dan laut mu...


Sekian--
SHA ZAMRY

*Sajak ini hasil nukilan saya dan dipertandingan didalam satu pertandingan deklamasi sajak dan mendapat tempat pertama.Alhamdulillah.

KOLEKSI PUISI "TENTANG ALAM"

Assalammualaikum--
Lama saya tak sentuh blog ini disebabkan kekangan masa yang ada.

Disini saya update semula puisi nukilan saya yang pada mulanya dipaparkan pada blog yang lama dan blog tersebut dah tak aktif lagi.

Jika ada yang berminat untuk menggunakan sajak/puisi ini. Dipersilakan.




TAJUK : TENTANG ALAM

Disuatu ketika pagi itu,
Fajar hanya baru sejengkal membuka tirai.
Hembusan lembut bayu pagi didesa.
Mengukir senyuman ketenangan.
Kicauan burung berterbangan keseronokan.
Memecah kesunyian pagi..
Jauh berbeza berbanding di kotaraya..
Disaat ini..
Baru aku sedar akan keindahan..
Tahap nirvana khazanah alam..

Ironinya..
Ketika kita sedang leka mengejar pembangunan..
Ketika negara sedang rakus mengejar permodenan..
Kita lupa dan alpa!
Pencemaran air yang menghapus kehidupan akuatik,
Pencemaran udara yang meragut kesegaran oksigen..
Telah membawa 1001 masalah..
Kepada alam semesta!

Kita tidak sedar..
Bumi sedang sakit ketika ini..
Kepada siapa yang harus dipersalahkan..
Ketika berlakunya bencana alam..
Pencemaran sungai..
Masalah suhu pemanasan global..
Berfaktorkan penipisan global..
Berpuncakan sikap manusia..!

Bangkitlah rakyat malaysia..
Masih belum terlambat untuk kita..
Memelihara khazanah alam!
Berkonsepkan bumi hijau..
Melindungi lapisan ozon dan kehidupan flora dan fauna..
Masih dapat dikekalkan, 
Keindahan alam semesta..
Kepada jenerasi akan datang.

Ingatlah,
Bahawa alam ini adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya..
Alam ini..
Anugerah tuhan yang sangat istimewa..
Keindahannya..
Mencerminkan keperibadian manusia..

Sekian.
Dari Sha Zamry

*Puisi diatas tersangat mudah untuk difahami dan sengaja saya tidak selitkan pemggunaan bahasa yang terlalu dalam untuk difahami. Alhamdulillah. Puisi ini dapat sambutan yang saya sendiri tak sangka.

TERIMA KASIH!
Assalammualaikum.

Wednesday, 10 October 2012

Makanan Terbaik di Dunia menurut Islam


8 Jenis Makanan Terbaik di Dunia menurut Islam

·
1.DELIMA
 Fiman Allah: " Dan (Kami jadikan) kebun - kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya.." Surah Al- An'am ayat 99
  
2.KISMIS
 Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadis yang bermaksud: " Sebaik - baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut"

3.KURMA
Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu"

4.HABBATUS SAUDA'
 Sabda Rasulullah: "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda' ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as - saam (mati)" Hadith Riwayat Hadith dan Muslim

5.ZA'FARAN
 Sayidina Ali pernah menyatakan: " Sesiapa mengambil sebahagian za'faran dan su' di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir "

6.MADU
 Firman Allah: " Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam - macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia" Surah An - Nahl ayat 68 - 69

7.ZAITUN
 Firman Allah: " Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari Bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan" Surah Al Mukminin ayat 20

8.BUAH TIIN
 Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”...

Thursday, 20 September 2012

Sheila Amzah Best of Champion Asian Wave 2012

Salam

Congratulation for Shila Amzah.
Berbakat dan Cantik orangnya.
Dibawah: Video persembahan Sheila di Asian Wave 2012. 
Meremang bulu roma !



You are the best.
Play the video and you fell it!






Wednesday, 19 September 2012

Rezeki Dan Cinta

Assalammualaikum

Short Entry

1)Rezeki


Benar...
Rezeki itu ada dimana-mana..
Allah dah tetapkan rezeki setiap hambanya.
Tapi...
Kalau rezeki itu Allah dah sediakan...
Kenapa orang ramai keluar pergi kerja?
Bersusah payah kerja pagi balik lewat.
Sebab...
Kalau kita tak berusaha mencari rezeki,
Manakan dapat hasilnya.

2)Cinta


Tentang Cinta, atau Jodoh.
^^, Benar... Jodoh pertemuan semuanya terletak ditangan tuhan.
Jodoh setiap orang Allah dah tetapkan,
Dengan siapa, semuanya yang Maha Pengasih lebih mengetahui...
Tapi...
Kalau kita x cuba mencari jodoh...
Mana mungkin kita tahu siapa jodoh kita...
Mencari?
Contoh nya..
Solat Istikharah....
Itu salah satu proses mencari cinta atau jodoh yang terbaik.
Mencari dengan cara yang betul dan niat yang baik.
Pastinya kita akan ditemukan dengan insan yang baik...
Insyaallah....


Thats All..
Terima kasih...
=')