Welcome to minimemojejari

Peace and smile

Friday 31 October 2014

KOLEKSI PUISI "BUMI PALESTIN"

TAJUK : BUMI PALESTIN

Palestin,
tanah berdebu di asia tengah,
kau dihimpit keganasan zionis!
si perampas durjana..
usah kau menangis kerana esak tangismu tidak didengar manusia!!
biar hancur lumat bumi anbia..
menjadi debu berterbangan..
meski bumi al aqsa merah menyala dijilat neraka!!!
biarpun hujan peluru tidak pernah berhenti...
namun semangatmu lebih kental dari israel..
genggaman tanganmu  lebih  kuat dari zionis...!!

Palestin..pilunya hati kami melihat
anak kecil yang tidak berdosa...
dibunuh kejam..!!
menggigil tangan anak kecil itu!
menahan kesakitan...
berjurai air mata si ibu meratapi kematian anak tercinta...
langit yang mendung,
seakan bersedih dengan keganasan!!
Ya Allah!!!!
kau lindungilah mereka yang tidak berdosa...
kau peliharalah anak-anak kecil yang belum mengenal erti kehidupan...

Palestin..
menitis air mata kami,
melihatkan rakyatmu bermandikan darah...
mengalir air mata kami...
melihat ketabahan pejuang islamiah,
walau ajal seakan tiba...

Palestin...
kami sentiasa bersamamu menadah tangan..
berdoa kepada yang maha kuasa...
lindungilah setiap inci dunia suburmu...
angkasa, dan laut mu...


Sekian--
SHA ZAMRY

*Sajak ini hasil nukilan saya dan dipertandingan didalam satu pertandingan deklamasi sajak dan mendapat tempat pertama.Alhamdulillah.

KOLEKSI PUISI "TENTANG ALAM"

Assalammualaikum--
Lama saya tak sentuh blog ini disebabkan kekangan masa yang ada.

Disini saya update semula puisi nukilan saya yang pada mulanya dipaparkan pada blog yang lama dan blog tersebut dah tak aktif lagi.

Jika ada yang berminat untuk menggunakan sajak/puisi ini. Dipersilakan.




TAJUK : TENTANG ALAM

Disuatu ketika pagi itu,
Fajar hanya baru sejengkal membuka tirai.
Hembusan lembut bayu pagi didesa.
Mengukir senyuman ketenangan.
Kicauan burung berterbangan keseronokan.
Memecah kesunyian pagi..
Jauh berbeza berbanding di kotaraya..
Disaat ini..
Baru aku sedar akan keindahan..
Tahap nirvana khazanah alam..

Ironinya..
Ketika kita sedang leka mengejar pembangunan..
Ketika negara sedang rakus mengejar permodenan..
Kita lupa dan alpa!
Pencemaran air yang menghapus kehidupan akuatik,
Pencemaran udara yang meragut kesegaran oksigen..
Telah membawa 1001 masalah..
Kepada alam semesta!

Kita tidak sedar..
Bumi sedang sakit ketika ini..
Kepada siapa yang harus dipersalahkan..
Ketika berlakunya bencana alam..
Pencemaran sungai..
Masalah suhu pemanasan global..
Berfaktorkan penipisan global..
Berpuncakan sikap manusia..!

Bangkitlah rakyat malaysia..
Masih belum terlambat untuk kita..
Memelihara khazanah alam!
Berkonsepkan bumi hijau..
Melindungi lapisan ozon dan kehidupan flora dan fauna..
Masih dapat dikekalkan, 
Keindahan alam semesta..
Kepada jenerasi akan datang.

Ingatlah,
Bahawa alam ini adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya..
Alam ini..
Anugerah tuhan yang sangat istimewa..
Keindahannya..
Mencerminkan keperibadian manusia..

Sekian.
Dari Sha Zamry

*Puisi diatas tersangat mudah untuk difahami dan sengaja saya tidak selitkan pemggunaan bahasa yang terlalu dalam untuk difahami. Alhamdulillah. Puisi ini dapat sambutan yang saya sendiri tak sangka.

TERIMA KASIH!
Assalammualaikum.